GLAUKOMA??


Salam Sejahtera.
Semoga anda sihat, bahagia hendaknya..
Hari ini ingin saya kongsikan tentang Glaukoma..
Pernah dengar tentang glaukoma? Mari saya kongsikan serba sedikit.


Apakah glaukoma?
Ia adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosokan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan mata. Namun begitu, jika keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh dipulihkan.

Apakah yang menyebabkan glaukoma?
Kebanyakan kes glaukoma disebabkan oleh kerana saliran air keluar dari mata tidak lancar dan ini menyebabkan tekanan mata naik. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. Namun begitu punca glaukoma tidak difahami sepenuhnya.
Sesetengah orang ada tekanan tinggi dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakkan. Faktor yang lain seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik atau kelemahan saraf optik juga memainkan peranan.


Bagaimanakah saya boleh mengetahui saya mengidap glaukoma?
Ramai orang yang mengidapi glaukoma tidak sedar mereka ada masalah ini pada tahap awal. Glaukoma menyebabkan penglihatan bahagian tengah kabur pada tahap lewat sahaja.
Anda perlu diperiksakan oleh pakar mata untuk mengesan penyakit ini pada tahap awal. Ini membolehkan rawatan awal diberi sebelum kehilangan penglihatan berlaku.


Apakah rawatan untuk glaukoma?
Rawatan adalah untuk merendahkan tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat titis, rawatan laser dan pembedahan. Kesemua rawatan ada kebaikan dan keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit dan doktor setelah pelbagai opsyen dibincangkan.
Rawatan tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.


Ubat
Ubat titis adalah biasanya langkah pertama dalam rawatan ini. Ada pelbagai ubat yang bertindak dengan cara yang berlainan. Adalah penting untuk menggunakan ubat ini setiap hari seperti dinasihatkan oleh doktor, kerana tekanan akan menaik sekiranya ubat tidak digunakan.
Ada ubat titis kombinasi yang boleh digunakan sekiranya pesakit memerlukan lebih daripada satu ubat. Kesemua ubat titis boleh menyebabkan kepedihan mata. Kesan sampingan juga termasuk pertukaran rasa pada lidah, pertukaran warna iris, bulu mata yang lebih panjang dan lebat, sakit kepala dan kekaburan mata.


Rawatan laser
Laser digunakan untuk merawat glaukoma sudut terbuka dan tertutup dengan laser yang berlainan dan teknik berlainan. Laser boleh digunakan untuk membuka lubang di trabekular meshwork.
Procedur ini biasanya cepat dan tidak sakit. Ianya tidak memerlukan ubat bius seluruh badan dan tidak perlu kemasukan ke dalam wad. Kejayaan prosedur ini berbeza untuk setiap individu dan kadang-kadang ubat titis mata masih diperlukan selepas laser, tetapi dalam dos yang lebih rendah.

Namun begitu, dengan adanya kopi mata CEN-Roma & koko mata CEN-Coco produk keluaran CENGREEN Global Sdn Bhd, ianya terbukti membantu merawat masalah mata ini. Jadi, jika anda tercari-cari rawatan alternative yang boleh merawat mata anda, produk kopi mata CEN-Roma & koko mata CEN-Coco amat disyorkan.
Terima kasih kepada Pusat Pakar Mata ACS artikel yang amat berguna ini. (http://www.eyespecialist.name/Malay/malay_glaucoma.html)

Untuk keterangan lanjut,
sila hubungi 012-678 0401 / 010-5202192
~ AL~