Apa Itu Essential Oil?
Essential oil dihasilkan oleh minyak dari bahagian-bahagian yang berbeza daripada tumbuh-tumbuhan. Ia boleh dihasilkan dari daun, seperti minyak pudina. Ia juga boleh dihasilkan dari kelopak, dan ada juga yang dibuat daripada kulit atau kayu, seperti Sandalwood.
Ada juga yang dibuat dari bahagian-bahagian lain tumbuh-tumbuhan. Jika apa yang dipanggil “essential oil” ini mempunyai apa-apa produk haiwan di dalamnya, ia bukanlah essential oil yang asli. Juga, essential oil sebenar tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan sintetik.